Muslimah
A L L A H' S
ABOUT ENTRY CHAT TWITER FACEBOOK ASK.FM TUTORIAL
Remy Ishak Bikin Perangai, Wartawan Jadi Bengang!
Apr 29, 2011 • 29.4.11 • 0 comments

KL, 28 APRIL 2011: Petang semalam teman baik rara ada datang berjumpa rara mengadu mengenai kisah pelakon yang sedang meningkat popular Remy Ishak. Terkejut dan tak percaya pula rara mendengar ceritanya.

Cerita teman rara, Remy Ishak dan kekasih hatinya, Tiz Zaqyah telah hadir ke pejabat media tersebut untuk ditemubual. Kedatangan mereka ini lebih senang cakap lebih kepada untuk mempromosikan filem baru mereka yang akan ditayangkan di pawagam pada awal Mei ini iaitu Nurkasih.

Teman rara cakap, apabila mereka hadir untuk meminta sedikit ruang mempromosikan filem mereka, pastinya dengan tangan terbuka pihak penerbitan itu menerimanya. Yelah, kata nak sokong industri perfileman tempatan maka, kita nak tolonglah mereka.

Namun yang membuatkan teman rara hangin satu badan ialah tentang sikap kurang beradab si Remy Ishak ini tatkala ditemubual. Bayangkan teman rara dan seorang lagi wartawan senior menemubual dia dan reaksi yang diberikan oleh Pelakon TV Lelaki Popular ini memang tak dapek nak tolong dehhh...

Orang bertanya dahlah dia buat muka acuh tak acuh. Kemudian lain yang ditanya lain pula yang dia jawab. Nak kata dua teman rara itu bertanya dalam bahasa yang tak difahaminya tak pula. Kata teman rara dia bertanya dalam bahasa Melayu saja tak akan tak faham.

Lebih membuatkan teman rarabengang, dia bertanya soalan mengenai watak yang acapkali dipegang oleh Remy, si Remy ini menjawab benda lain, siap tanya pada teman rara tak tahu ke mengenai karektor-karektor yang dibawakannya atau tak buat kajian ke tentang perkara tersebut.

Amboi Remy, tak akan baru dua kali menang pelakon TV, awak dah besar kepala pula. Kata teman rara, sah-sah dia tanya lain, Remy yang tak faham bahasa pergi jawab lain. Dah la awak yang datang minta promosi tapi awak pula buat besar kepala.

Malas nak panjangkan cerita dua teman media tadi diam sahajalah memandangkan mereka tuan rumah. Kalau tak mahu dihalaunya si Remy masa tu. Tiba pula masa untuk sesi fotografi sekali lagi dia buat hal. Siap sound-sound jurugambar yang ingin merakamkan gambarnya. Angle itu tak kena angle ini tak kena..kata Remy nanti wajahnya tak berseri kalau tangkap macam itu atau macam ini.

Memang suhu kepanasan atau tahap kesabaran teman rara dah capai 100 celcius ketika itu. Selesai sesi foto, maka dua teman media tadi beredar dan mahu melupakan kisah pahit tadi. Kemudiannya khabarnya Remy telah pun mengirim SMS pada salah seorang media itu dan memintia maaf dan telah menelefon bos teman rara tadi meminta maaf atas kekasarannya.

Hai, pelik tapi benar kalau awak rasa tindakan awak betul kenapa nak minta maaf. Atau pihak pengurusannya yang melihat sikapnya tadi yang menyuruh Remy meminta maaf siapa tahukan.Mendengar perkataan maaf Remy membuatkan dua teman rara tadi sejuk hati dan ingin melupakan segala kepahitan yang dilalui mereka pada sesi foto itu.

Baru sejuk hati alih-alih, hati mereka kembali terbakar semula apabila terbaca status twitter Remy yang menulis: " kerja aku hanya sebagai seorang pelakon bukannya nak jaga hati orang". rara pun tak tahu nak cakap apalah mengenai tindakan si Remy ini.

Tak akan dah menang pelakon drama popular dan besar kepala kot. Belum lagi menang pelakon filem popular. Kalau beginilah cara dan gayanya rasanya riwayat hdup kerjaya seni awak tak ke manalah. Kalau awak nak meroyan ditanya tentang cinta mungkinlah kot, tapi kena tanya pasal kerjaya pun nak buat hal ke?

Kalau begini perangainya, janganlah nak salahkan sesiapa ya, kalau media-media lain tertutup pintu hati nak menemubual awak lepas ini. Bagi raraa senang sahaja, bertindaklah professional dan kalau rasa tak perlukan media, jadi tak perlulan menghadiri apa jua sesi fotografi selepas ini.

Mungkin Remy mampu menjadi artis yang berjaya tanpa kisah atau cerita perkembangan seninya ditulis. Nanti kalau peminat nak tahu cerita Remy, datang sendiri berjumpa dengannya, mungkin itu lebih senang?...Cuma nasihat rara senang saja, lihatlah contoh artis-artis yang berjaya dan bertahan lama seperti Dato Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan ramai lagi. Bukan saja popular namun berbudi bahasa dan itulah resepi kejayaan mereka.

RARA: Tak fahamlah dengan sikap artis yang suka sentap tak tentu pasal.credit oleh murai okay


PASTFUTURE
MY WORDS;
17. Servant of Allah. Allah understand me more than I understand myself.YA ALLAH BERIKANLAH SARIRUZAHIRA 9A DALAM SPM 2013. Struggling to be a better mukminah. إن شاء الله ♥ - Don't focus on your problems. You won't find a solution. Focus on Allah. He is the solution. - Never give up. Great things take time. Put trust in Him and make doa'.

https://twitter.com/_ked__ http://instagram.com/anaservantallah |http://mujahidahraraa.tumblr.com http://ask.fm/raraahoney https://www.facebook.com/raraaxii
OTHERS;


scroll this box
>> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am


>> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am


>> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
\

BLOG ARCHIVE;

  • Tutorial blockquote hover
  • Tutorial : Jquery Lava-Lamp Menu Bar
  • Tutorial favicon
  • raara ikut contest la
  • raara dapat award, freebies, dan sebagainya
  • pembaikan blog !
  • safee sali MELETOP!
  • AKU JADI MODEL !
  • Sikap Besar Kepala Justin Bieber Menyusahkan!
  • masih diperbuat , sorry kawan !