WAKTU YANG DIHARAMKAN KETIKA SOLAT SUNAT HAJAT
May 7, 2011 • 7.5.11 • 0 comments Assalamualaikum, rara just nak shared satu benda ni. sebab rara kan ada belajar waktu yang diharamkan semasa nak solat sunat hajat. so rara search, akhirnya ada hehe :) Alhamdulilah , rara sudah rasa sangat berubah, semuanya berjalan dengan lancar dan rara rasa lebih yakin. Insyallah, rara solat sunat hajat . syukur alhamdulilah. Pernah suatu ketika ingin pulang ke rumah, saya menahan satu teksi, sambil memberikan salam kepada rakan yang masih menunggu bas untuk pulang.Tidak beberapa lama, pemandu teksi itu menyuruh saya duduk ke hadapan kerana ingin bertanyakan soalan.Pelik!!! orang arab nak tanya aku soalan??? ..Diringkaskan cerita,sebenarnya dia ingin bertanyakan tentang waktu haram solat. Baru-baru ini juga, seorang rakan dari Malaysia bertanyakan soalan yang hampir sama iaitu bolehkan solat hajat selepas solat subuh??,memandangkan perkara ini dilakukan di kampungnya. Perkara ini pernah disebutkan di dalam hadis : عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad Untuk rumusannya saya nukilkan dari kitab At taqrirat as sadidah fi Al masail mufidah Syaikh Muhammad bin Ahmad Hasan Al Kaaf.cetakan Dar Al Mirath An Nabawi ms 192 -194 di dalam tajuk Al Auqat Allati Tahrumu Fiha As Solah Waktu-waktu yang diharamkan solat Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil] Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan 1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit) Kadar tombak adalah 4 darjah Satu darjah bersamaan 4 minit 2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini. Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit 3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.
1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari 2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua: 1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam: a) Solat sunat ihram b) Solat sunat istikharah c) Solat sunat keluar dari rumah d) Solat sunat musafir e) Solat sunat Qatl f) Solat sunat hajat 2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya. 1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan. 2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim) Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan. Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi. |
MY WORDS;
OTHERS;
♥ >> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am
♥ >> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am
♥ >> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |