Jalan Dakwah
Oct 4, 2013 • 4.10.13 • 0 comments
'Jalan dakwah ade banyak duri. Kalau terpijak, takpe. Allah ada. Allah akan pulihkan.'
Kesat air mata.
Sahabat sahabat yang aku tak pernah bertemu mata. Yang tak pernah aku kenal.
Aku. Ade blog ade twitter ade facebook ade instag ade wechat ade whatsapp.
Untuk ape?
Untuk dapat Mardhatillah.
Untuk ajak orang lain masuk syurga reramai. Salah ke aku?
Salah ke aku memainkan jari jemari di atas keyboard ni untuk menarik minat mereka yang masih terkapai-kapai?
Aku. Dulu pun begitu. Pernah terkapai kapai. Dilambung ombak.
Namun.
Hidayah Allah datang dalam pelbagai rupa dan bentuk.
Dulu. Aku terdetik untuk berubah. Pun dengan melayari laman blog Islamik.
Mula-mula hati tertarik dengan gaya penulisan dia.
Lama-lama.
Hati ini bagai dicuit Hidayah Allah.
Aku pun ade terkesan dan tersentap dengan post dan tweet dakwah.
Hidayah Allah. Boleh datang dalam pelbagai bentuk.
Love is blind.So do Hidayah Allah.Mencuit hati sesiapa sahaja. Dimana sahaja.Bila bila masa.Dengan izin Yang Maha Esa.
Lalu ku cuba. Aku cuba mengajak. Bukan memaksa.
Mereka mereka yang masih seperti aku yang dahagakan cinta Allah.
Yang merasakan jiwa mereka kosong.
Yang merasakan lifeless.
Untuk sama sama berubah.
Mulakan langkah.
Kemana?
KeSyurga.
Sekali lagi. Aku tanya.
Salah ke aku?
Niat disalah erti. Allahuakbar. Allah Allah.
Aku manusia. Ada hati dan perasaan. Bisa merasa. Bisa menangis.
Ape yang harus aku buat? Harus lakukan?
Semua entry dan tweet yang aku sampaikan. Ade maksud.
Bukan sesaje. Bukan sekadar ingin meraih follower mahupun perhatian.
Aku ingin. Kita semua sedar dan insaf akan dunia yang kian nazak.
Iman kita. Gawat!
Kegawatan ini mungkin akan menjerumuskan kita ke neraka.
Tempat yang paling ditakuti. Azab Allah di situ.
Sungguh. Aku tak sanggup.
Justeru..
Marratan ukhra aku tanyakan.
Salah kah aku berdakwah?
Cara aku. Gaya aku.
Mungkin. Ala ala nak same dengan orang lain.
Tapi.
Aku yakin.Destinasi kita sama.
Sepoyo mana pun seorang Dai'e itu.
Dia tetap inginkan Syurga.
Matlamat.
Raih cinta Allah.
Dan.
Ajak semua usaha nak masuk syurga.
Salah kah aku?
Dulu. Aku seorang yang jahil. Sekarang pun mungkin.
Namun.
Aku. Insan biasa. Yang bisa berubah.
Manusia yang secara lumrahnya sukakan kebaikan.
Memang. Ilmu aku hanya sedikit. Sedikit sangat.
Jadi. Aku mencari. Sambil memberi.
Salah kah aku?
Dosa yang lalu. Kenapa harus diungkit lagi?
Semua pendosa yang masih hidup di bumi Allah ini.
Layak untuk berubah. Punya hak.
Lantas. Siapa kau untuk menilai dan menghukum aku?
Kau. Aku. Kita semua. Punya dosa.
Beza kita.
Kembali ke pangkal jalan atau terus berjalan ke hujung jalan.
Syurga atau neraka.Aku pilih. Aku yang tentukan. Aku yang harus usahakan.
Kau tak punya hak untuk menilai. Menghukum aku.
Yang punya hak itu, Allah.
Aku.
Tak hebat. Takde kuasa.
Aku kuat pun kerana Dia.
Aku mohon ampun.
Aku tak bisa memuaskan hati semua orang.
Sekali lagi. Aku mohon ampun.
Dari hujung kaki ke hujung rambut.
Terima kasih atas segala cemuhan dan pahala free yang dipindahkan kepada aku.
Alhamdulillah.
Semoga Allah sentiasa meredhai setiap langkahmu.
Wahai Sahabat Fillah.
|
MY WORDS;
OTHERS;
♥ >> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am
♥ >> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am
♥ >> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |