Perempuan dari kaca mata lelaki
May 7, 2013 • 7.5.13 • 0 comments
Alhamdulillah. Rezeki untuk pagi ni dariNya. Sedikit tapi cukup membahagiakan diri ini. Allahu .. Tak tergambar rasa syukur itu, allahu .. Begitu hebat kuasaMu ya Allah. Belum meminta namun Kau tahu yang terbaik untukku. Allahurabbi.
Pagi ni ada sesuatu yang nak di sebarkan kepada muslimah yang ana sayangi. Alhamdulillah ana dapat ilmu dari seorang sahabat ana. Alhamdulillah kerana dia juga ana buka mata, buka minda.
Yang baik datang dari Allah SWT, yang kurang itu mungkin silap langkah ana. InsyaAllah ana cuba belajar dari kesilapan. Andai ada silap dan salah mohon tegur ana, mungkin terlepas pandang. Tegur ana ya, jangan biarkan ana ke Neraka bersama musuh utama kita! Nauzubilllahi min zalik!
"Allah elah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Pagi pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula denganbisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya"
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa? Ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita WAJIBmenutup rambutnya. Rambut : Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihatbentuk lehernya, maka WAJIBlah wanita itu menutup lehernya.
Bentuk payu dara :
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu WAJIBmenutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Bentuk pinggang :
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tak ternampak bentuk pinggangnya.
Bentuk punggung :
Maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka WAJIBlah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tak kelihatan.
Peha :
Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka JANGANlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka JANGANlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa? *ana masih mencari-cari jawapan mengenai ini, aasif*
Kaki :
Setelah tak nampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka WAJIBlah wanita itu untuk menolong lelaki itu tak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stoking yang warnanyaJANGAN sesekali berwarna kulit perempuan.
Bentuk tangan :
Mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
*Tambahan*
Maka wahai lelaki, JANGANlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada 1 lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah JANGANmemakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu ituWAJIB untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang" - Riwayat Al-Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245)Hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi saw memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas - Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831
Wallahualam. Wassalam. Sekian.
via sahabat ukhwah fillah :')
|
MY WORDS;
OTHERS;
♥ >> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am
♥ >> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am
♥ >> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |