Sabarlah, Cinta
Jun 23, 2013 • 23.6.13 • 0 comments
Dahulu aku terfikir bahawa ‘menangis’ ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. ‘Kehilangan’ itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu ‘pertemuan’ yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.
Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang ‘dia’ sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).”
(Surah an-Nur, ayat 26) |
MY WORDS;
OTHERS;
♥ >> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am
♥ >> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am
♥ >> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |