Kuatkan Diri Semangatkan Hati. Ayuh Bangkit!
Mar 31, 2013 • 31.3.13 • 0 comments
Assalamualaikum pembuka bicara. mohon jawab salam yang aku sampaikan moga tak ditanya di akhirat kelak. aku tak mahu kau dihumban ke neraka akibat abaikan salam. lagu blog agak membangkitkan. aku mahu kau semua pandang ke depan. sedia untuk berubah? ayuh kita bergerak sama sama. yang mampu berlari , larilah. yang tak mampu, cukup berjalan. yang tak mampu berjalan, merangkaklah. kita mampu berubah walaupun perlahan. kata orang kita tak mampu, kata hati kita boleh lakukan . lihatlah di sana! ada yang sudah bertudung labuh, ada yang sudah berpurdah, ada yang sudah berstokin , ada yang sudah pakai sarung tangan. kita disini bila lagi? nak tunggu malaikat datang memanggil? sewaktu nyawa ditarik, tak mampu lagi kita menahan sakit. kubur sedang menanti, amalan harus ditambah untuk ujian dengan malaikat kubur. tak dapat jawab, kena sebat. ingat! balasan Allah itu tiada yang ringan. ayuh sahabat mari kita kuatkan hati! tapi bagaimana nak kuatkan hati untuk berubah? aku tidak lah pandai tapi aku rasa aku boleh bantu dengan izin Allah. bismillah.
SOLAT
okay mulakan dengan solat subuh. rajinkan diri. tepat jam 5 pagi bagkitlah kalian dari tidur. kalau malas tolaklah selimut. kalau malas lagi, bangun juga. apa apa yang jadi tetap bangun. tolak segala bantal yang ada atas katil turun ke bawah. banyakkan jam loceng dalam bilik. kalau boleh volume jam di handphone tu buat yang paling kuat agar kita ingat untuk solat! setelah bangun baca surah Al-fatihah bagi yang tidak tahu baca doa selepas tidur. lepastu terus pergi bilik air. mandi. sebelum air mencurah ke badan, cakap "YA ALLAH, AKU MAHU BERUBAH HARI INI, HAPUSKAN DOSA DOSA AKU, BUANGLAH RASA MALAS AKU DARI AIR YANG JATUH DARI BADAN AKU KETIKA AKU MANDI". lalu mandilah kau . setelah mandi ambil wudhuk. selesai ambil wudhuk terus solat. kalau waktu belum masuk waktu, habiskan waktu dengan selawat. buat lah begini juga dengan waktu solat yang lain. solat jangan tinggal. ini lah perkara pertama yang kita kena lakukan untuk berubah. cubalah solat, kita mesti tenang. InsyaAllah :)
PAKAIAN
sebelum keluar rumah, check dulu aurat kau. CHECK JANGAN TAK CHECK! WAJIB CHECK! baju pastikan labuh, pastikan lengan panjang. tudung tu pastikan lebih dari dada, pastikan labuh. seluar tu pastikan tak ketat. stokin jangan lupa. check dulu dekat bahagian mana mana yang ternampak aurat tu, tutup! wajib tutup! faham sayang? kalau ada pakaian yang seksi seksi tu, bakar je, kalau rasa sayang, sedekah pada anak anak yang tak berkemampuan . janganlah sedekah pakaian yang terlalu buruk dan terlalu tak cukup kain. nanti lain pula jadinya..
PERGAULAN
jangan malu untuk minta maaf pada orang yang telah kau buat dosa. walaupun kau malu nak bagi tahu dosa apa yang telah kau buat pada dia, cukuplah cakap "aku mintak maaf atas dosa yang pernah aku lakukan pada kau yang kau tahu atau yang kau tak tahu" cukuplah. pastikan di maafkan . pujuk hati dia untuk maafkan kau. kontrol percakapan , pastikan tak terlalu kasar. kontrol gelak ketawa, jangan over. kontrol semuanya. kalau depan ajnabi, jangan buat suara lembut, dengan ajnabi kau kena gangster supaya dia tak mudah tergoda. biar yang boleh dengar alunan suara kau itu hanya untuk yang halal. haaa baru cuwett. hehehe.
HATI
niat biar kerana Allah. kau abaikan je cakap orang yang kata kau bajet alim, bajet ustaz ustazah, bajet baik sangat, bajet segala bajet lah. kau kena ingat kau bejet bajet semua sbb kau nak masuk syurga. kau kena ingat tu. kuatkan hati kau, selalu sebut nama Allah. kalau bosan takyah lah on twitter ke facebook ke apa ke, kalau bosan kau banyakkan selawat. biar masa lapang kau diisi dengan perkara yang boleh membantu kau disana. nak kuatkan diri lagi, kau kena tepis segala ujian. ujian yang datang , kau ucap ALHAMDULILLAH tanda Allah masih sayang. aku nak ingatkan, takyah bercinta, aku bukan nak masuk campur rumah tangga orang tapi couple ni seriously tak menyeronokkan. yang couple, lepaskan je si dia tu dulu. kalau jodoh mesti dia datang balik. ingat! jodoh kita dah ditentukan. couple lama lama kalau tak de jodoh, haprak tak guna gak kan? baik bagi sayang kita hanya untuk yang halal. barulah Allah suka.
tabahkan hati. banyakkan selawat atas Nabi. banyakkan sebut nama Allah. jangan menangis bila kena kutuk sbb kita nak hijrah, biarkan mulut orang. bukan mereka yang tentukan syurga dan neraka. tapi Allah . ingat! nak berubah muka kena tebal, nak hijrah hati kena tabah. Allah selalu ada. Allah tengah tenguk kita semua sekarang ni. Allah ada dekat dengan kita. Dia sayang kita semua . percayalah. JAGA SOLAT , JAGA AURAT :)
|
MY WORDS;
OTHERS;
♥ >> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am
♥ >> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am
♥ >> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |