Muslimah
A L L A H' S
ABOUT ENTRY CHAT TWITER FACEBOOK ASK.FM TUTORIAL
Muslimah
Dec 14, 2013 • 14.12.13 • 0 comments


Jadi muslimah, nampak cam mudah.


Kita tak rasa, cakap senanglah. Bila yang merasa, mereka faham.



"Susahnya jadi muslimah ni cuma muslimah je yang faham sebab orang cuma nampak and tahu, tapi takkan faham. Sebab diorang tak lalui.

Diorang expect, cukup dengan tudung labuh, jubah, baju kurung atau tshirt muslimah, dah cukup solehah. Tapi kalau hati kotor, ada apa dengan pakaian?

Orang kata jadi muslimah ni senang. Sebab diorang tak tahu peritnya mujahadah sebagai muslimah.

Setakat kena gelak, di ejek khemah bergerak, jadi tumpuan tambah di negara yang rata-ratanya non-muslim tu biasalah. Dah lali. Dah tak makan hati. Tak rasa apa.

I know, people akan cakap, kebalkan hati bila orang perli. Tapi people should know, perempuan punya hati ni somehow too sensitive.

Bila kasar, orang ejek. Kata tak cukup muslimah. Bila lembut, orang ejek. Katanya lemah. What do they want actually?

Sampai bila-bila orang takkan faham perasaan muslimah yang tengah mujahadah. Sebab bukan diorang yang rasa.

Cakap senanglah." "Adik, sebelum empayar Islam menawan dunia, perempuan dilayan sebagai hamba, murah macam takde harga. Selepas Rasulullah datang bawa risalah Islam, perempuan di angkat tinggi. Banyak kelebihan yang Allah beri pada perempuan, perempuan juga mudah nak masuk syurga. Tapi sayang, syurga tu bukan benda free. Semuanya perlu mujahadah. Tambah Islam ni dah jadi asing semula. Sabarlah."


Dalam tangisan dia meluah rasa, aku cuma diam. Beri perhatian pada dia. Sebab aku yakin, kata-katanya bersebab.

Bukan aku tak kenal dia. Malah sejak hari pertama kelahirannya, aku tak pernah berjauh dengan dia.

Bukan aku tak tahu dia. Di ejek di hina bukan masalah besar. Malah, kadang aku rasa dia macam takde perasaan. Sebab walau apa pun orang buat, dia masih mampu balas dengan senyuman. Kalau bukan senyuman, cukuplah dia diam dan tinggalkan perbalahan.

Pernah juga satu masa, dia tertekan, dia marah bila terus-terusan di perli dan di kutuk. Tapi Alhamdulillah, kalamullah berjaya memujuk.


"Dik, rileks lah. Tarik nafas, istighfar. Meh cerita. Pebende jadi senanye?"

Dia diam. Tak bersuara.

Sepi.

Mungkin beg kesabarannya ada bocor di mana-mana. Itu yang meletus tiba-tiba. Bilahan kata-kata apa yang terlalu tajam sampai berjaya robek beg kesabaran muslimahnya. Dari corong telefon, terdengar esak tangis yang masih bersisa.

"Adik..... what happened?"

"Adik taknak jadi muslimah yang cuma solehah pada pandangan manusia. Muslimah yang zahirnya tertutup semua, tapi hati masih tak bersih, masih ada rasa benci, masa ada rasa dengki, masih ada rasa iri hati, masih mampu skip qiamullail dengan sengaja."

"Itu maksud adik - diorang ingat cukup dengan tudung labuh dan jubah apa semua tu?"

"Hm. Yes. Adik cakap macam tu sebab adik rasa adik loser."

Aku senyap.

"Tahu tak, susah sangat bila pergi mana-mana, orang boleh ketawakan cuma sebab pakaian adik tak sama dengan diorang yang lain."

"Adik nak sama dengan orang lain ye? Walaupun Allah dah pilih adik jadi muslimah yang luar biasa?"

Aku cuba pujuk.

Dia diam.

"Dik, dalam hidup ni, kalau kita nak impress manusia, yes kita takkan mampu. Sebab manusia ni keinginan dia tak sama. Ada suka warna merah, ada suka warna putih. Ada yang suka ketawa, ada yang suka lepak dengan kawan, ada yang suka bersendiri. Ada yang suka kita buat baik, ada yang sakit hati tengok kejayaan orang lain."

"Tapi....."

"Sampai bila nak sabar?"

Ketawa. "Hey lupa? Sabar sampai kita terpilih untuk jumpa Dia."

"Thanks."

"Most welcome dear."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."




Itu benar-benar luahan hati seorang muslimah.


Kata-kata dia penuh emosi, itu aku tahu.

Tapi kebenaran kata-kata dia, sedikit sebanyak buka minda aku dari sudut yang baru.


Terima kasih.


PASTFUTURE
MY WORDS;
17. Servant of Allah. Allah understand me more than I understand myself.YA ALLAH BERIKANLAH SARIRUZAHIRA 9A DALAM SPM 2013. Struggling to be a better mukminah. إن شاء الله ♥ - Don't focus on your problems. You won't find a solution. Focus on Allah. He is the solution. - Never give up. Great things take time. Put trust in Him and make doa'.

https://twitter.com/_ked__ http://instagram.com/anaservantallah |http://mujahidahraraa.tumblr.com http://ask.fm/raraahoney https://www.facebook.com/raraaxii
OTHERS;


scroll this box
>> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am


>> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am


>> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
\

BLOG ARCHIVE;

  • Ujian
  • Jalan Dakwah
  • Sayonara Futur
  • Bicara Hati & Aku.
  • Hati Allah Yang Pegang
  • Sabar..
  • Sabarlah, Cinta
  • Bila Hati Diguris
  • I know I can do better than before .
  • Maafkanku .