Perginya Jahiliyah
Mar 16, 2013 • 16.3.13 • 0 comments
Aku seorang pembenci.
Aku benci dosa. Aku benci kisah jahiliyah. Aku benci bila diusik dengan kata kata luahan carutan yang menjadi bahan bualan dibibirku dahulu.
Sobs aku menangis. Senang sangat menangis. Biarlah hanya untuk dosa. Mengharapkan ianya menjadi saksi aku di Sana.
Pergilah wahai jahiliyah. Pergilah wahai dusta dusta lama. Pergilah wahai semua keburukan dalam jiwaku. Aku berpaling hina pada kalian.
Biarkan aku bebas dengan perjalanan cerita hijrahku. Biarkan aku bertapa di 'rumah' baru. Cukuplah ianya sederhana tapi menyenangkan. Bagaikan diulit rasa cinta dari Illahi.
Merembes air di mata, hidung dan air keringat di dahi. Keringat yang mahu membebaskan diri dari cengkaman jahiliyah. Biarkan aku bebas dengan landasan Illahi yang diredhaiNya.
Pergilah dikau wahai jahiliyah. Aku mahu terbang bebas darimu.
Diulit rasa rindu pabila hidayah itu datang menerpa padaku. Aku cinta padamu wahai cik 'hidayah'. Aku terbuai rasa cintaNya. Terima kasih wahai sang Pencipta yang menghadirkan cintaMu melebihi cinta manusia yang tak pernah ditemui sebelum ini.
Terima kasih wahai sang Illahi yang masih 'merindui' diri ini bersamaMu.
|
MY WORDS;
OTHERS;
♥ >> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am
♥ >> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am
♥ >> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |