Muslimah
A L L A H' S
ABOUT ENTRY CHAT TWITER FACEBOOK ASK.FM TUTORIAL
Langgar saja lah. Daie, mana boleh lemah!
Dec 15, 2013 • 15.12.13 • 0 comments
 
 
Rempuh sajalah! Ujian yang datang, bukan untuk melemahkan. Allah kan ada?

Aku nak cerita sikit. Aku bukan manusia yang kuat sebenarnya. Tujuh bulan untuk aku move on. Gila kentang sangat kan? Tujuh bulan tu sepatutnya aku dah boleh buat macam-macam, tapi aku guna tujuh bulan untuk recover hati yang kecewa sebab manusia. Pfft. Lebih dari setengah tahun aku guna untuk bersedih, teringat kenangan lama, jiwa kacau, jauh dari Allah. Jauhkan diri dari manusia. Benci manusia yang tak bersalah. Benci kenangan lalu.

Finally satu hari, tengah aku sibuk layan mood di area rumah aku, macam biasalah, setiap pagi Jumaat memang hari aku jogging keliling rumah. One day, macam biasalah aku bawa counter watch sambil jogging. Sambil-sambil tu otak aku ligat jugalah fikir kenapa aku susah nak move on. Setiap habis satu round, aku akan tekan counter watch tu untuk kira berapa round aku dah buat. Sambil pakai earphone, play shuffle.

Aku suka berlari keliling padang bila mood tak okey. Di sini, bila aku lari, aku anggap aku lari dari masalah. Makin jauh aku lari, makin jauh aku tinggalkan masalah. Tapi aku tahu, lepas aku berhenti berlari, masalah tu akan kembali. Tapi memang itu saja cara aku nak lepaskan tension bila ada masalah.  Asalkan aku puas. Jahat aku ni sebenarnya.

Okay berbalik kepada topik asal.

Dalam aku jogging tu, aku cubalah check hati. Apa masalahnya sampai aku susah nak move on. Aku tak dapat jawapan tepat. Tapi yang pasti, satu jawapan aku rasa releven adalah, aku terlalu sayang manusia sampai lupa Allah.

Terlalu menyayangi manusia. Bila finally dia pilih untuk pergi, aku pun macam ni lah jadinya. Jatuh terus. Sedangkan pendakwah tak boleh jatuh setakat masalah macam ni. Mana Allah dalam hati? Lama juga aku nak cari jawapan mana aku letak Allah dalam hati.

Lari punya lari, rupanya sampai seratus pusingan aku dah buat.

Aku berhenti. Tepuk dada tanya iman.

Sampai bila aku nak biar masalah merempuh iman? Sedangkan akulah perlu gegarkan masalah dengan iman. Biar masalah tu tahu, aku bukannya lemah. Bukan!

Manusia yang kau kenal dulu, bukan aku yang sekarang. Itu aku yang dulu. Aku yang banyak layan emosi. Aku yang dahagakan perhatian manusia. Aku yang buat kerja tak fikir.

Bukan aku yang sekarang. Satu perkara yang sangat jelas, aku bukan si bising yang dulu. Aku bukan pelajar yang tak respect cikgu. Aku bukan manusia yang kau kenal dulu.

Satu yang sama dan terus sama, aku ni masih poyo. Itu je yang aku masih susah nak ubah. Kahkahkah.

K ini memang entri macam apa je. Aku dah kata aku dah lama tak berblog buat aku rasa nak tulis semua benda.

.........................................................................

Bila ada ujian, kita lemah.

Bila diberi dugaan, kita mengalah.

Bila diberi kerja last minute, kita mengeluh.

Bila dimarah, kita melenting.

Bila diajak berbalah, kita tak nak kalah.

Bila terbangun tengah malam, malas nak qiamullail.

Bila nampak Al Quran, saja dibiar tak bersentuh.

Bila terimbas kenangan lama, kita down.

Bila orang ungkit kesalahan kita, marah macam orang separa gila.

Come on lah beb, kita ni daie. Daie. KITA NI DAIE. Bila namanya daie, apa-apa yang dirasakan 'tak nak buat' itulah yang kita kena buat.

Rempuh saja nafsu. Sampai bila nak jadi hamba pada nafsu? Sampai nyawa dah sampai di kerongkong baru tahu nak bertaubat? Baru gelabah nak buat amalan? Masa tu dah terlambat, sangat.

Bila kita mati, segala apa yang ada di dunia terputus serta merta. Kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak-anak yang soleh.

Alahai. 

Apa kita ni ada ke amal jariah yang boleh bantu kita berterusan dalam kubur nanti? Nak keluar duit seringgit dalam tabung masjid pun payah. Konon nak harap pahala amal jariah.

Doa anak-anak yang soleh? Aku tak ada anak lagi. Kahwin pun belum lagi. Jadi terlepaslah chance ni. Fuh. Bayangkan saja aku mati muda. Dua peluang dah terlepas. Sedekah jariah, belum tentu lagi. Doa anak soleh? Aku tak ada lagi.

Ilmu yang bermanfaat. Ini.. Aku risaulah juga. Apa sangatlah ilmu yang aku dah sampaikan. Nak harap ia berterusan. Ergh. Aku memang terlepaslah chance macam ni. Pendakwah apa macam ni.

Jomlah. Rempuh nafsu. Pendakwah, mana boleh lemah! Bangun, ummah perlukan kita. Bangun, Islam rindukan pejuang muda. Bangun, jadi pemuda pemudi harapan agama. Bangunlah! Bangun! Face realiti yang jahiliyah cuba kuasai hati kita. Satukan jiwa kita dalam kesatuan Islam. Bersatu kita atas satu jalan. Jalan dakwah.

Apa lagi duduk depan laptop sambil layan benda-benda lagha? Bangunlah mulakan melangkah. Sekarang, tak perlu tunggu esok. Tak payah tunggu nanti. Sekarang!


PASTFUTURE
MY WORDS;
17. Servant of Allah. Allah understand me more than I understand myself.YA ALLAH BERIKANLAH SARIRUZAHIRA 9A DALAM SPM 2013. Struggling to be a better mukminah. إن شاء الله ♥ - Don't focus on your problems. You won't find a solution. Focus on Allah. He is the solution. - Never give up. Great things take time. Put trust in Him and make doa'.

https://twitter.com/_ked__ http://instagram.com/anaservantallah |http://mujahidahraraa.tumblr.com http://ask.fm/raraahoney https://www.facebook.com/raraaxii
OTHERS;


scroll this box
>> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am


>> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am


>> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
\

BLOG ARCHIVE;

  • Nak Yang Mana ?
  • Muslimah
  • Ujian
  • Jalan Dakwah
  • Sayonara Futur
  • Bicara Hati & Aku.
  • Hati Allah Yang Pegang
  • Sabar..
  • Sabarlah, Cinta
  • Bila Hati Diguris