Muslimah
A L L A H' S
ABOUT ENTRY CHAT TWITER FACEBOOK ASK.FM TUTORIAL
Atas Dasar Cinta..
Dec 15, 2013 • 15.12.13 • 0 comments


Bismillah.

Jujur aku tak tahu nak mulakan macam mana entri kali ni.

Ini soal hati.

Directly cakap,

Dalam memburu solehah, ada kala dia lelah. Dia lemah, dia tersalah langkah. Dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar.

Dalam menggapai gelaran si musleh, syabab itu terjatuh. Sangkanya itu tak mengapa. Namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya.

Hati minta aku buat entri ni. Untuk tegur diri, untuk tegur orang yang di sayang, untuk tegur kita. Kadang kita leka dengan dunia.

Kita tahu, berubah ni step by step. Tapi kadang kita lupa, syaitan punya stail nak sesatkan manusia pun step by step.

Sedangkan syaitan ni dah hasut berjuta manusia dari zaman Nabi Adam, setakat kita yang iman tak kuat mana ni lagi senanglah kan diorang nak hasut. Lalu tanpa sedar, masing-masing tergelincir.

Aku tak kata tak boleh langsung berhubung dengan ajnabi. Tapi ada batas. Selagi belum nikah, selagi tu ada batas. Ingat?

Mula-mula berbual benda penting. Mesej bila ada urusan. Contact pun benda-benda yang ada kepentingan. Lama-lama, makin pelik konsep perbualan tu. Benteng batasan syariat tu macam pecah secara perlahan.

Akhirnya berbual bertanya khabar, benda-benda yang tak penting sangat sebenarnya. Sejam tak dapat mesej dari orang tu, hati dah mula resah. Rasa serba tak kena. Waktu tu kondisi iman mula yanqus, menurun. Lemah. Goyah. Tapi kita tak sedar. Kita rasa, "Ala biasalah ni. Nama pun sayang."

And perkara ni aku dah lama rasa . Aku mula-mula malas nak care. Abaikan saja, Iyalah, kadang kita nampak yang berbeza jantina ni lebih ambil berat pasal kita, sedangkan yang sejantina ni ramai lagi yang sudi ambil berat sebenarnya.

Okay aku tahu sakit tu macam mana. Pedih. Yes. Lepaskan orang yang kita sayang, sebab nak tengok dia bahagia raih cinta Dia.

"Macam mana kalau aku bangun tidur, tak ada mesej dari dia? Kosong doh hidup."

"Kau mampu, insyaallah. First week mungkin susah sikit, lama-lama kau boleh."

"Tapi aku sayang gila kat dia. Aku sayang gila."

"Kalau sayang, mesti sanggup melepaskan, kan?"

"Kau bukan kat tempat aku, bolehlah cakap."

"Ya, memang aku bukan kat tempat kau. Tapi kau kena faham, aku tak sanggup tengok orang-orang yang aku sayang, tergelincir free-free je sebab syaitan."

"Kami bukan cakap benda lagha pun."

"Okay tak lagha. Tapi aku tahu, dalam solat kau, kau ingat dia, kan?"

"Mestilah ingat."

"Waktu study kau ingat dia kan?"

"Ya..."

"Waktu makan kau teringat conversation kau dengan dia, kan?"

"Hm."

"Sebelum tidur, kau mesej dia kan?"

".........."

"Bangun tidur, kau cari phone, check ada mesej dari dia tak, kan?"

"Hm."

"Kau buat apa pun kau ingat dia, kan?"

"Aku sayang dia!"

"Kalau sayang, kau mesti nak tengok dia ke syurga, kan?"

"Ya."

"Jadi kau kena lepaskan dia, atas dasar sayang kau pada dia, sayang kau pada agama, sayang kau pada yang ciptakan korang berdua. Lepaskan dia, boleh?"
 
Untuk pertama kali, aku guna cara paksaan pada diri untuk menangis sepanjang lalui proses tarbiyah dakwah ni.

Aku minta maaf. Ini bukan sengaja. Aku sayang kau. Macam mana kau sayang aku, aku nak kau tahu, kasih sayang Allah pada kita berdua, pada kita semua lebih luas daripada tu.
 
Aku buat entri ni. Supaya orang di sebelah sana juga faham situasi. Sebab aku tak ada kekuatan nak jelaskan sendiri.

Aku tak salahkan mana-mana pihak, aku salahkan diri aku. Diri aku yang tak cegah dari awal. Salahkan diri aku, yang biarkan semuanya berlarutan. Salahkan diri aku, sampai semuanya jadi makin payah untuk dilepaskan. Maafkan aku.
 
Untuk si dia yang aku hormati, ini pesanan dari aku untuk kamu.

Semoga dipinjamkan kekuatanNya dalam hatimu, untuk menjalani hari-hari dengan penuh keyakinan dan redha atas setiap yang berlaku.

Bukan tak sayang, jauh sekali membenci. Tapi perpisahan ini perlu, untuk aku dan kamu cari semula makna soleh dan solehah dalam diri.

Janji dengan saya, berpisah di dunia, bertemu di syurga.

Permintaan yang saya buat, bukan atas kerelaan diri. Tapi atas paksaan iman. Tak sanggup tengok orang yang saya sayang terus tertipu dengan hasutan syaitan.

Saya berdosa. Sebab saya, awak leka. Itu tak apa. Tapi saya taknak, awak berdosa sama.

Allah ciptakan pertemuan, kemudian Allah ajarkan saya banyak perkara.

After that Allah aturkan perpisahan. Untuk tengok sebenarnya siapa lebih kita utamakan. Dia atau dia?

I admit it, it isn't easy to let you go. But for His sake, untuk kebaikan kita, untuk kebaikan iman dan hati kita, untuk tak wujudkan fitnah kepada agama, saya minta. Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak.

Keep in touch dalam doa, okay?

Jumpa di syurga.

Jangan nangis-nangis, 

Allah uji kita dengan pertemuan, sekarang Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ni juga satu ujian? Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman.

Semoga kuat. Allahu yubarik fik.

Assalamualaikum wbt.


PASTFUTURE
MY WORDS;
17. Servant of Allah. Allah understand me more than I understand myself.YA ALLAH BERIKANLAH SARIRUZAHIRA 9A DALAM SPM 2013. Struggling to be a better mukminah. إن شاء الله ♥ - Don't focus on your problems. You won't find a solution. Focus on Allah. He is the solution. - Never give up. Great things take time. Put trust in Him and make doa'.

https://twitter.com/_ked__ http://instagram.com/anaservantallah |http://mujahidahraraa.tumblr.com http://ask.fm/raraahoney https://www.facebook.com/raraaxii
OTHERS;


scroll this box
>> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am


>> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am


>> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
\

BLOG ARCHIVE;

  • Biar Berpaksikan Iman
  • Langgar saja lah. Daie, mana boleh lemah!
  • Nak Yang Mana ?
  • Muslimah
  • Ujian
  • Jalan Dakwah
  • Sayonara Futur
  • Bicara Hati & Aku.
  • Hati Allah Yang Pegang
  • Sabar..