Muslimah
A L L A H' S
ABOUT ENTRY CHAT TWITER FACEBOOK ASK.FM TUTORIAL
Biar Berpaksikan Iman
Dec 15, 2013 • 15.12.13 • 0 comments

Sengaja aku buat saiz paling besar, biar semua boleh baca tanpa ada rasa kekurangan pada apa-apa. Jangan bagi alasan gambar tak clear ke apa. Tak terima alasan sedemikian. 

Okey sebenarnya ini pesanan untuk aku. Untuk aku. Untuk aku islah diri, islah hati. Cari kerendahan hati dalam ketinggian budi. Cari aku yang semakin hilang. Sebab aku tak tahu siapa aku. Aku tak kenal siapa aku. Aku sendiri keliru siapa aku. Split personality atau alter ego, aku pun kurang pasti. Yang pasti ini bukan aku yang aku kenal sepuluh tahun dulu. Ini aku yang baru, aku yang hanyut dalam emosi sendiri, permainan rekaan aku sendiri. Ya, aku tak seharusnya meletakkan dendam. Tidak sama sekali.

Biarlah apa yang berlaku pada aku yang lepas, aku tak nak cerita. Betullah, salah pilih jalan, aku yang rugi. Kerugian yang nyata bila aku rugi di akhirat sana. Aku tak sanggup rasa rugi di akhirat nanti, sedangkan rugi di dunia juga satu seksaan untuk aku. Sakit.

Ohaa sebelum mula pening-pening baca entri aku. Aku nak pesan, ini gaya aku menulis. Dari dulu sampai sekarang. Monolog dalaman yang sukar untuk ditafsirkan.

Apa yang aku buat, haruslah semuanya berpaksikan iman.

Raraa, apa yang kau buat, biar semuanya berpaksikan iman.

Tapi apa yang aku boleh buat supaya semuanya berpaksikan iman?! 

*baling guli*

Mudah, jangan menipu. Itu yang utama dan harus sentiasa jadi yang utama.

Payah gila. Payah gila.

Kenapa payah pula untuk berkata jujur?

Bukan payahnya jujur. Payahnya untuk tidak menipu.

Apa bezanya?

Aku susah untuk tak menipu. Aku kata aku cinta Allah, tapi aku.. Amalan aku macam menempah neraka. Aku kata aku rindu Rasulullah, tapi sekadar bermusim. Bila tiba Maulidur Rasul atau apa-apa yang ada kaitan dengan Rasulullah, baru aku tahu nak rindu. Itupun sekadar lafaz di bibir semata-mata. Aku... penipu.

Sedangkan nak jujur pun satu benda yang bukan mudah. Aku tahu. Tambah bila kita ni asalnya penipu. In terms of banyak menipu orang. Bila nak mula jujur, rasa takut tu memang ada, no doubt. Ini baru kes menipu manusia. Bila dah berkata jujur, terimalah risiko hilang kawan, hilang orang yang kita sayang, hilang semuanya sekelip mata. Sedangkan nak cipta tu sangat ambil masa. Punyalah sakit tu tak mampu nak describe macam mana. Soal kepercayaan, bukan permainan.

Sepi.

Syarat kedua, buat apa-apa, jangan harapkan balasan. Jangan. Selitkan ikhlas dalam hati. Dalam diri.

How ya?

Okey aku bagi contoh situasi. Kau selalu bantu sorang minah ni. One day, kau dapat tahu dia khianat kau dalam diam. Dia tak amanah. Sedangkan selama ni kau sangat percaya pada dia.

Weh mana boleh aku biar.

Dengarlah dulu budak.

Okey okey.

Dia tak amanah, dia tak jujur, itu urusan dia dengan Allah. Kau pun bukan pertama kali dikhianati, bukan pertama kali ditipu. Learn the lesson, sayang.

Hm.

Syarat ketiga?

Syarat ketiga, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang dia larang.

Hek eleh. Senang. Senang gila.

Yeke senang? Part mana yang senang? Tinggalkan tidur malam untuk bangun qiamullail tu senang tak? Dahulukan baca doa bangun tidur sebelum check phone senang tak? Mulakan baca Al Quran sebelum on twitter, senang tak?

Alah tapi itu semua Allah tak larang. Allah tak larang kita untuk check phone bila bangun tidur, Dia tak larang kita tidur malam berbanding bangun qiam. Dia tak paksa kita baca Al Quran sebelum online.

Itulah masalahnya. Dia memang tak larang kita, tapi Dia galakkan kita.

Digalakkan je pun. JE PUN.

*baring tengah padang*

Yang kau kata JE PUN lah yang para ulamak, para mujahideen, para mukminin berebut-rebut nak buat. Yang kita kata SEKADAR DIGALAKKAN itulah yang sangat-sangat mereka nak lakukan. Kita nak apa? Buat yang wajib dah lah. Solat lima waktu, puasa waktu bulan Ramadhan, bayar zakat, pergi haji, itupun kalau dah mampu. Mukmin sangat ke kita ni kalau buat perangai macam tu? Aku rasa, bukan setakat dapat gelaran mukmin pun tak layak, nak dapat gelaran hamba yang bersyukur pun belum tentu lagi kita ni layak. Malu je.

.....................

Aku tak kata yang jadi baik ni mudah, tapi nak istiqamah itu jauh lebih payah.

K.

Okey macam nilah. Apa guna wujudnya perasaan membenci manusia yang langsung tak ada hard feeling pada kau?

Erk. Apa maksud kau?

Kau benci someone sebab dia sayang orang yang kau sayang. Sedangkan orang yang kau sayang tu pun tak sayang kau. Apa punya perangailah kalau semua pendakwah pun macam ni.

Soal hati, perasaan ni bukan kita yang kawal.

Siapa kata?

Weh hati, perasaan ni kan tugas Allah.

Memanglah tugas Allah pegang hati-hati manusia, tapi yang kawal itu tetap kita.

Contoh?

Ada Allah suruh kita saling membenci? Tak ada kan. Jadi siapa yang letakkan perasaan benci tu dalam hati kita?

Allah.

Okey kau dapat point aku, sikit. Aku tanya lagi. Allah tak suruh kita saling membenci, jadi macam mana wujudnya perasaan benci tu?

Allah letakkan perasaan tu dalam hati kita?

Okey betul, yang letakkan perasaan dalam hati kita pun Allah juga. Tapi jangan lupa. Kalau bukan iman yang kawal hati kita, syaitan yang jadi raja kepada hati kita. Dan syaitan itu sifatnya sukakan mazmumah. Get my point?

Maksud kau, syaitan yang suruh kita saling membenci? Saling berdendam?

Pandai pun kau ni.

Aku memang pandai.

Haa riyak riyak!

Sikit je pun. Ala dengan kau je pun. Ish kau ni.

Sebutlah Alhamdulillah kalau ye pun.

Alhamdulillah. Hehe.

Ada syarat apa-apa lagi tak?

Ada, tapi bukan sekarang masanya nak cerita.

kau ada Tuhan tempat meluahkan perasaan. Kesimpulannya? Jom buat apa-apa pun berpaksikan iman.


PASTFUTURE
MY WORDS;
17. Servant of Allah. Allah understand me more than I understand myself.YA ALLAH BERIKANLAH SARIRUZAHIRA 9A DALAM SPM 2013. Struggling to be a better mukminah. إن شاء الله ♥ - Don't focus on your problems. You won't find a solution. Focus on Allah. He is the solution. - Never give up. Great things take time. Put trust in Him and make doa'.

https://twitter.com/_ked__ http://instagram.com/anaservantallah |http://mujahidahraraa.tumblr.com http://ask.fm/raraahoney https://www.facebook.com/raraaxii
OTHERS;


scroll this box
>> Rindu Allah :')
date : NOW
at:10 am


>> Dapat template baru
date : 1hours ago
at:7am


>> Raraa sayang Allah
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Menjadi anak solehah
date: 25/11/2012
at: 13.12pm
\

BLOG ARCHIVE;

  • Langgar saja lah. Daie, mana boleh lemah!
  • Nak Yang Mana ?
  • Muslimah
  • Ujian
  • Jalan Dakwah
  • Sayonara Futur
  • Bicara Hati & Aku.
  • Hati Allah Yang Pegang
  • Sabar..
  • Sabarlah, Cinta